Saturday, December 25, 2010

cerita hantu


ok guys.eventhou cerita nie bukan pasal aku..tapi cerita nie lebih kurang ngan apa yang jadi kat aku few years lego(ago).sebab cerita kawan aku nie lebih kurang aku je..so aku rasa mesti ada ramai lagi yang experience kan benda yang sama kan..so mari kita renungkan.tapi jangan amalkn..sebab sumpah scary..serious!macam biasa siapa yang ada sakit jantung, darah tinggi , kencing manis , lemah jantung , lemah gemalai (nanti x pasal-pasal jerit sorg2) , barah otak mahupun barah payudara serta lemah pundi kencing dinasihatkan dapatkan pemeriksaan doktor dulu sebelum membaca kisah mistik yang pernah menjadi bualan mulut rakyat bosnia apavonia.baiklah.mari kita mulakan dari kiraan

3

2

1

..


pada suatu malam yang pening.(ok hening sebenarnya tapi mmg malam tu pening sikit).tinggalnya seorang remaja kacak belasan tahun di pinggir bandar yang berkebolehan dalam memasak ingin menikmati cutinya sendirian.tanpa disedari kehadirannya di rumah usang itu menjadi tanda tanya masyarakat desa pandan (x nk kampung sangat).bualan itu dihiraukan remaja tersebut kerana sememangnya dia x tahu menahu tentang bualan itu.lalu bualan itu terus di bualkan tanpa bualan kosong akibat bual-bual kosong yang dibualkan sebentar tadi.ok nie merepek.


ok nie nampak real kan


tanpa disedari (eyh asyik x sedar je.nampak sngat tipu).akibat disedari tindak tanduk tunjang ranjang masyarakat desa.remaja itu mengambil keputusun untuk menyertai pertandingan memasak yang dianjurkan oleh desa pandan cawangan lembah beringin.remaja tersebut di angkat sebagai pemenang keseluruhan dengan catatan mata sebanyak 9.9 hasil undian sms oleh masyarakat desa tersebut.remaja tersebut dikatakan sebagai dewa makanan kerana telah mempersembahkan makanan yang begitu exotic yang hanya dipertontonkan 7 tahun sekali sahaja iaitu maggi goreng spicy.

jadi dengan kemenangan tersebut tidak disenangi penduduk kampung.mereka ingin mengkhianati remaja kacak tersebut.tapi remaja itu berindak cool sebab dia memang sejuk malam tu.tapi apakan daya hayat kandung tanah kan *peribahasa melayu.


-.-' ok nie pun takut jugak sebenarnya


remaja itu dikejar dan terus dikejar sehingga kekejaran itu berakhir dengan kekejangn otot.lalu acara kejar mengejar itu diteruskan bagi memenuhi kehendak pelanggan kampung yang mahukan remaja kacak itu di kejar.remaja tersebut tidak melengahkan masa untuk mengambil jalan pintas untuk ke seberang kampung yang dipercayai lebih selamat bagi dirinya.


gambaran titi cuma x lari je

setibanya dititi yang menghubungkan desa pandan dan desa pisang, remaja itu ditegur oleh suatu lembaga yang tidak dikenali asal usulnya.jadi perasan remaja itu berkocak seperti kocaknya air koch.lembaga itu terus menyapa "selamat malam".menjadi tanda tanya..kenapa lembaga tu x bagi salam je..kenapa perlu selamat malam..mungkin ini seprti menyuruh remaja tersebut supaya berhati hati malam ini."terima kasih" balas remaja itu ringkas.

ketika hendak mengatur langkah bagi mempercepatkan perjalan untuk melonsongkan diri..tiba-tiba kaki remaja tersebut tergelincir dan jatuh kedalam rempah dan jagung..jadilah koko crunch.ok tipu je..remaja tu terjatuh kedalam sungai dan lemas.


sekian

TAMAT.

No comments:

Post a Comment